Ada syarikat minat ambil alih Malaysia Airlines: Dr Mahathir

10 Jul 2019 • 12:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memastikan nama Malaysia dikekalkan dalam membuat sebarang keputusan berhubung pelan pemulihan Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines).

Beliau berkata banyak cadangan diperoleh kerajaan berhubung pemulihan Malaysia Airlines selain terdapat syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara itu.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan pada masa ini belum membuat keputusan sama ada menjual, bekerjasama dengan syarikat lain atau mengambil bahagian dalam pemulihan syarikat penerbangan itu.

"Tetapi sesuatu yang kita ingin kekalkan ialah nama syarikat ini mesti ada kaitan dengan negara kita iaitu Malaysia. Kita tidak boleh jual syarikat ini sehingga namanya terhapus sama sekali," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Perdana menteri menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) mengenai sama ada kerajaan telah mengenal pasti syarikat untuk mengambil alih atau bekerjasama dengan Malaysia Airlines. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved