Enam beranak dibom

14 Nov 2019 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RAMALLAH - Serangan udara bertali arus Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam telah meragut puluhan nyawa.

Dalam serangan terbaru rejim Zionis awal hari ini, enam sekeluarga maut termasuk seorang kanak-kanak selepas kediaman mereka di Deir al-Balah dibedil menjelang subuh.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan berkata, serangan turut menyebabkan 12 penduduk awam cedera.

Dalam pada itu, Jurucakap Tentera Israel (IDF) mendakwa rumah berkenaan didiami Rasmi Abu Malhous yang merupakan Ketua Unit Roket Jihad Islam.

Abu Malhous disahkan antara yang terkorban dalam serangan tersebut.

Serangan peluru berpandu itu dilancarkan ketika roket dari Gaza berterusan dilancarkan ke wilayah Israel.

Namun tiada kematian di pihak Israel, bagaimanapun serangan roket menyebabkan kerosakan dan sebuah roket hampir mengenai beberapa buah kenderaan di tengah lebuh raya yang sibuk.

Pertempuran terbaharu itu tercetus selepas Israel membunuh komander kanan kumpulan Jihad Islam, Baha Abu al-Ata dan isterinya, Amsa pada Selasa lalu. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved