Akuan bersumpah hanya khabar angin

13 Feb 2020 • 6:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Dakwaan terdapat sekumpulan ahli Parlimen menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal adalah khabar angin.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau ada membaca laporan berkenaan yang disiarkan Sarawak Report, namun perkara itu tiada dalam pengetahuannya.

"Tidak ada pengesahan (mengenai SD). Tidak ada sesiapa yang tampil (untuk mengesahkan)," katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saifuddin Nasution ditemui media selepas menghadiri sesi dialog antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pemain industri mengenai impak koronavirus (Covid-2019) di sini hari ini.

Semalam, Sarawak Report memetik sumber mendakwa ahli Parlimen dari UMNO, Pas, Bersatu selain ahli Parlimen PKR yang memihak kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani SD itu dalam tempoh 48 jam.

Ditanya sama ada beliau turut dipelawa oleh mana-mana pihak untuk menandatangani SD, Saifuddin Nasution berkata, "Setakat yang saya semak tidak ada pun. Bagi saya, ia hanyalah satu khabar angin.” - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved