Kegagalan sistem KLIA, MAHB buat laporan polis

27 Aug 2019 • 1:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEPANG - Polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berhubung masalah kegagalan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang berlaku baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah.

"Ya, ada satu laporan polis dibuat Pengurus Besar Kanan Bahagian IT MAHB hari ini.

"Kita akan jalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," kepada kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, akhbar tempatan hari ini melaporkan MAHB tidak menolak kemungkinan terdapat niat jahat susulan kegagalan sistem di KLIA.

Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan penuh berhubung kejadian berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya turut menyatakan amaran tegas bagi mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan kemungkinan wujud kegiatan salah laku atau rasuah.

ARTIKEL BERKAITAN:

MAHB tidak tolak niat jahat punca gangguan sistem KLIA

Hanya gangguan sistem KLIA: Imigresen


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved