Ketua Polis Negara lebih tahu di mana Jho Low: PM

11 Jul 2019 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yakin dengan kepakaran Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk membawa pulang ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh menjamin kepulangan Jho Low namun, sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu dia sudah ‘dekat’ maknanya mungkin akan dibawa pulang tidak lama lagi.

“Saya tak boleh jamin (kepulangan Jho Low)... Tapi jika Ketua Polis Negara maklumkan Jho Low semakin hampir untuk dibawa pulang, maksudnya beliau lebih tahu di mana Jho Low berada, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 7 Julai lalu, Abdul Hamid memberitahu, PDRM masih lagi dalam proses rundingan untuk membawa Jho Low pulang ke negara ini bagi membantu siasatan skandal 1MDB.

Katanya, rundingan dengan pihak berkuasa negara di mana Jho Low bersembunyi itu perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati bagi memastikan ia tidak tersilap langkah.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan tempoh tertentu untuk rundingan itu berjaya, namun memberi jaminan Jho Low pasti akan dibawa pulang.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved