Google Earth Kini Boleh Diakses Melalui Firefox, Edge Dan Opera

TechnologyDigital
28 Feb 2020 • 9:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Earth merupakan salah satu perkhidmatan Google yang membolehkan anda melihat bumi, membuat kajian geografi, dan menggunakan pelbagai data berkaitan sesuatu lokasi dengan mudah. Ia dulunya ditawarkan dalam bentuk perisian khas, tetapi diubah kepada versi web beberapa tahun lepas.

Untuk versi web, ia hanya menawarkan sokongan untuk pelayar web Chrome sahaja sejak pengenalan. Google sebelum ini telah mengatakan mereka akan menawarkan ia untuk pelayar web Firefox beberapa tahun lepas, dan akhirnya hari ini perkara berkenaan direalisasikan.

Kini, pengguna pelayar web Mozilla Firefox, Microsoft Edge, dan juga Opera boleh mengakses Google Earth. Google mengatakan mereka berjaya membawa ia ke pelayar web lain dengan penggunaan WebAssembly.

Buat masa ini, pengalaman terbaik penggunaan Google Earth masih ditawarkan oleh Chrome. Namun, bagi pengguna pelayar web lain, anda masih boleh menikmatinya. Google turut menyasarkan membawa sokongan Google Earth ke Safari tidak lama lagi.

Layari : Google Earth

View Original Article