KLIA Sedang Mengalami Gangguan Rangkaian Internet – Penumpang Disarankan Hadir Empat Jam Awal

TechnologyDigital
22 Aug 2019 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akses kepada internet kini diiktiraf sebagai hak asasi manusia. Banyak keperluan harian memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Salah satunya ialah sistem mendaftar masuk penumpang di lapangan terbang. Bagi penumpang yang akan terbang dari KLIA hari ini, anda dinasihatkan supaya hadir sekurang-kurangnya empat jam lebih awal kerana lapangan terbang ini sedang mengalami gangguan rangkaian Internet.

Ini menyebabkan proses mendaftar masuk terganggu dan mengalami kelewatan. Selain hadir lebih awal, penumpang turut disarankan untuk melakukan proses mendaftar masuk secara atas talian terlebih dahulu menerusi laman syarikat penerbangan yang digunakan. Ketika artikel ditulis gangguan masih berlaku dengan tiada waktu diberikan bila ia akan kembali beroperasi dengan normal.

DIKEMASKINI

Rangkaian Internet di KLIA and KLIA2 telah berjaya dipulihkan sepenuhnya. Namun begitu masih terdapat gangguan pada sistem paparan maklumat penerbangan di KLIA2.