
TAWAU: Sekitar 5,000 kanak-kanak Indonesia yang ibu bapanya bekerja di sektor perladangan di Sabah kini menjadi doktor, polis dan tentera, antara lain, di negara asal mereka.
Mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke negara asal sejak lebih 12 tahun lepas, kata Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Aris Heru Utomo.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Aris, ada antara kembali ke Sabah selepas tamat pengajian sarjana pendidikan di Indonesia untuk menjadi guru di Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) di negeri ini ataupun bekerja di pejabat KRI.
Beliau berkata, setiap tahun pihaknya merekodkan sekitar 1,300 pelajar lulus di peringkat CLC di seluruh Sabah, namun kuota biasiswa pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi hanya terhad kepada 350 pelajar.



