5,000 penduduk Pulau Berhala terima bekalan air bulan ini

LocalEnvironment
9 Feb 2025 • 2:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Kira-kira 5,000 penduduk di Kampung Pulau Berhala bakal menikmati bekalan air terawat melalui Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar (Jetama Self-Powered & Mobile Drinking Water System) yang akan dipasang pada bulan ini.

Menurut Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui, berlaku sedikit kelewatan pemasangan mesin Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar tersebut ekoran kekangan logistik.

Advertisement“Mengikut pelan awal, kita sepatutnya memasang mesin Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar tersebut pada bulan Januari lalu.

“Namun, terdapat sedikit kekangan logistik yang tidak dapat dielakkan dan pemasangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada bulan ini,”katanya ketika ditemui media semasa majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah Hotel pada malam Jumaat.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Liau berkata, dengan adanya sistem ini, penduduk kampung Pulau Berhala akan dapat menikmati air minuman yang berkualiti, sekaligus meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Untuk rekod, Pulau Berhala yang terletak tidak jauh dari Bandar Sandakan ini dihuni ribuan penduduk yang ketika ini tidak mempunyai bekalan elektrik dan bekalan air terawat.

AdvertisementJusteru, projek ini adalah satu usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan dengan menyediakan akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.

“Sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar bernilai RM1.3 juta ini bukan sahaja menyediakan air minuman yang selamat dan bersih, tetapi juga mesra alam dan sesuai untuk digunakan di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

Advertisement“Ini merupakan antara usaha pihak kerajaan untuk menyediakan akses bekalan air terawat kepada penduduk terutamanya di pedalaman Sabah,” jelas Liau lagi.

Beliau juga berharap penduduk Pulau Berhala dapat menikmati manfaatnya dalam tempoh yang panjang dan berterusan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.