5,364 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah setakat semalam

24 Apr 2026 • 3:23 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Daripada Amirul Mohd Sajadi

MAKKAH, 24 APRIL: Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah setakat 12 tengah malam tadi, menandakan kelancaran fasa awal pergerakan jemaah bagi musim haji tahun ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata 19 penerbangan yang membawa jemaah Malaysia telah tiba dengan selamat, manakala satu lagi penerbangan berlepas ke Madinah hari ini.

“Tabung Haji sentiasa memantau pergerakan jemaah dari semasa ke semasa bagi memastikan semua perancangan operasi berjalan seperti ditetapkan, selain memastikan kebajikan jemaah sentiasa terjaga,” katanya hari ini.

Mohd Hisham berkata lebih banyak penerbangan dijadualkan membawa baki jemaah secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Operasi Haji 1447H/2026M bermula secara rasmi pada 18 April lalu, dengan 31,600 jemaah haji Malaysia berlepas secara berperingkat ke Madinah dan Makkah menerusi 100 penerbangan sewa khas oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved