“5.5G” Atau “5G Advance” Dijangka Hadir Sekitar 2025 Dengan Fokus Terhadap Penggunaan Industri

TechnologyDigital
26 Apr 2023 • 9:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pada hari ini, rangkaian 5G telah mula diperkenalkan kepada semua secara berperingkat. Dengan pengenalan rangkaian 5G, kini pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula melakukan kajian untuk generasi rangkaian telekomunikasi seterusnya.

Sebelum pengenalan rangkaian 6G yang kini pada peringkat kajian dan penyelidikkan, syarikat telekomunikasi dijangka memperkenalkan iterasi rangkaian 5G terlebih dahulu, berkemungkinan dinamakan “5G Advance” atau “5.5G”.

image is not available

Pengenalan iterasi 5G akan datang ini dijangka hanya menawarkan kelajuan yang lebih pantas kepada pengguna, sementara ia dijangka akan lebih memfokuskan kepada penggunaan industri seperti pada kereta swapandu, dron, kilang, perubatan, dan sebagainya.

Rangkaian 5.5G ini dikatakan akan membawa lebih penambah-baikkan dari segi masa pendam yang rendah, serta sambungan rangkaian yang responsif.

Di Malaysia sendiri, rangkaian 5G dijangka mencapai 80% liputan kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023 ini. Mungkin kita akan mendengar perkembangan telekomunikasi generasi seterusnya selepas mencapai fasa berkenaan kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved