5 ADUN Letak Jawatan, Pakatan Harapan Kini ‘Blok Pembangkang’ Di Melaka

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kerajaan Melaka kini tidak lagi melibatkan gabungan Kerajaan Perpaduan selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) mengumumkan penarikan sokongan terhadap pentadbiran negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan pelantikan tujuh ADUN lantikan diluluskan pada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Seri Negeri, hari ini.

Advertisement sHarian Metro / Amir Mamat  

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dalam satu sidang media khas bersama empat ADUN DAP iaitu Allex Seah Shoo Chin (Kesidang), Kerk Chee Yee (Ayer Keroh), Low Chee Leong (Kota Laksamana) dan Leng Chau Yen (Banda Hilir).

ADUN Bukit Katil daripada AMANAH, Adly Zahari turut menyatakan pendirian sama, sekali gus menjadikan lima ADUN berkenaan sebagai pembangkang dalam DUN Melaka.

Susulan itu, semua ADUN terbabit secara rasmi meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Peletakan jawatan tersebut membabitkan Shoo Chin sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Chee Yee sebagai Timbalan Speaker DUN serta Chee Leong dan Chau Yen yang masing-masing memegang jawatan Timbalan EXCO.

Poay Tiong berkata, semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang dilantik menerusi kerajaan negeri sebelum ini turut akan meletakkan jawatan.

“Kita menolak usul ADUN lantikan berkenaan kerana kita berpegang kepada prinsip kita. Saya nak tegaskan di sini yang pertama, ADUN lantikan memang bercanggah dengan prinsip demokrasi pilihan raya kerana ADUN sepatutnya dipilih melalui pilihan raya dan pemilihannya harus diserahkan kepada pengundi, bukannya melalui lantikan.”

Pakatan harapan

“Sekiranya kerajaan negeri ingin mendapat khidmat daripada profesional atau pakar, mereka boleh lantik golongan itu sebagai penasihat, bukannya menerusi ADUN lantikan sebab ADUN berkenaan boleh masuk ke Persidangan DUN dan boleh mengundi. Ini bercanggah dengan prinsip pilihan raya kita,” katanya.

Menurut Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka, PH tidak menolak penglibatan golongan profesional, namun berpendirian bahawa ia tidak seharusnya dibuat menerusi pelantikan sebagai ADUN.

“Memandangkan kita menolak dan tidak menyokong usul yang dibawa oleh kerajaan negeri itu, sewajarnya kita keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri serta-merta.”

“Surat peletakan jawatan sebagai EXCO, Timbalan EXCO serta Timbalan Speaker oleh semua ADUN DAP akan diserahkan kepada Ketua Menteri hari ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut berterima kasih kepada Ab Rauf kerana memberikan peluang kepada DAP dan PH untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: 5 ADUN Letak Jawatan, Pakatan Harapan Kini ‘Blok Pembangkang’ Di Melaka2026-07-14 14:17:40

Rosmah Mansur Saman Harith Iskander Isu 'Body Shaming' Ketika Persembahan Komedi - "Jahat, Hodoh & Menjijikkan"

The post 5 ADUN Letak Jawatan, Pakatan Harapan Kini ‘Blok Pembangkang’ Di Melaka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved