5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Dengan Ideologi IS

19 Jun 2024 • 12:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

5 Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Dengan Ideologi IS

Lima ahli keluarga kepada suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Menurut Sinar Harian, kelima-lima suspek berdepan dengan sembilan pertuduhan termasuk didakwa menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram didakwa terbabit dengan ideologi IS

Lima ahli keluarga tersebut terdiri daripada seorang lelaki berusia 62 tahun dan isterinya yang merupakan warga Singapura berusia 59 tahun.

Manakala tiga lagi adalah anak kepada pasangan tersebut iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun dan dua perempuan, masing-masing berusia 23 dan 19 tahun.

Suspek lelaki berusia 62 tahun berdepan dengan empat pertuduhan

Menurut laporan Sinar Harian lagi, lelaki berusia 62 tahun itu berdepan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu didakwa menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan IS kepada semua ahli keluarganya.

Selain itu, anak sulung lelaki berkenaan berdepan dengan dua pertuduhan. Manakala isteri dan dua anak perempuannya pula berdepan dengan satu pertuduhan.