5 Beranak Maut Kebakaran: Arwah Ruby Adira Peroleh 5A SPM 2025

LocalFamily & Parenting
2 Apr 2026 • 12:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu Dong, Raub, pada 26 Februari lalu memperoleh 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan baru-baru ini.

image is not available

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengakui sebak sebaik dimaklumkan mengenai keputusan peperiksaan arwah Ruby.

“Sebak sungguh rasa apabila terima laporan arwah Ruby Adira Batreisya yang meninggal akibat musibah kebakaran di Kg Pamah Kulat Raub pada Ramadan lalu mendapat 5A dalam SPM.
“Kita sedekahkan al-Fatihah buat Almarhumah,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.
image is not available

Foto arkib: Bernama

Ruby adalah salah seorang daripada lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran tersebut pada 8 Ramadan lalu.

Selain Ruby, ibu bapanya Mohd Alawi Muhammad, 56, dan Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, dan dua adik-beradik Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10, turut terkorban.

image is not available

Dua lagi anak pasangan itu, Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, terselamat kerana tidak berada di rumah ketika kejadian, masing-masing menetap di asrama.

Kebakaran itu memusnahkan 100 peratus struktur rumah, manakala tiga kereta dan tiga motosikal turut hangus.

Sumber: Facebook Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

The post 5 Beranak Maut Kebakaran: Arwah Ruby Adira Peroleh 5A SPM 2025 appeared first on Borak Daily.