5 ciri menarik Windows Notepad yang perlu anda cuba untuk 2024

Digital
9 Jul 2024 • 6:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Windows Notepad adalah aplikasi penyuntingan teks ringkas yang didatangkan bersama-sama sistem operasi Microsoft Windows sejak tahun 1983. Ia tidak mengandungi fungsi secanggih Microsoft Word. Namun, disebabkan ia aplikasi "ringan" ia sangat mudah digunakan dan mesra komputer. Selepas lebih 40 tahun dikombo, satu fungsi baharu ini dimasukkan dan selain fungsi tersebut, ini senarai ciri lain sedia ada yang perlu anda cuba.

1. Pemeriksa ejaan seperti Microsoft Word

Ini adalah satu ciri baharu yang dimaksudkan. Seperti yang boleh anda temukan di Microsoft Word, kalau ada kesalahan mengeja, perkataan itu akan ditanda garis bawah berwarna merah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh perbetulkan ejaan secara automatik.

image is not available

Ciri ini boleh diaktifkan di dalam ruangan Setting aplikasi.

image is not available

2. Masukkan tanda masa dengan satu kekunci

Cuba tekan butang F5 di papan kekunci dan anda akan dapati tanda masa akan dimasukkan secara automatik ke dalam ruang kerja.

image is not available

Fungsi ini sangat berguna bila anda perlukan jejak masa maklumat yang anda taip ke dalam fail kerja tersebut. Ia memberikan rekod yang jelas bilakah sesuatu kerja dimula ataupun disudahkan. Tanda masa juga berguna sewaktu merekodkan jurnal ataupun diari.

3. Masukkan tanda masa sejurus fail dibuka

Masih lagi tentang tanda masa, tahukah anda yang Notepad mampu masukkan info itu secara automatik setiap kali fail dibuka? Mudah sahaja, masukkan .LOG di baris pertama fail dan ia akan lakukannya secara automatik.

image is not available

4. Cari dan ganti teks tertentu

Kombinasi kekunci Ctrl + F dan Ctrl + H masing-masing akan keluarkan fungsi carian dan penggantian. Dalam contoh dibawah, pengguna ingin gantikan tanda "PM" dengan "petang". Apabila carian dilakukan, dia taipkan pula frasa "petang" di ruang bawah untuk digantikan.

image is not available

Namun, ia masih tiada fungsi ganti semuanya seperti Microsoft Word. Makanya, anda kena lakukannya satu demi satu untuk semua perkataan yang ingin digantikan.

5. Ubah font dan saiz font Microsoft Notepad

Walaupun tidak miliki ciri sekaya aplikasi Microsoft Office, ia masih ada ciri customization yang berguna. Anda boleh tukar jenis font dan saiz font mengikut kesukaan. Di dalam ruangan setting, cari subkategori Text Formatting di bawah Appearance.

image is not available

Bacaan berkaitan