5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff

Travel
3 Feb 2023 • 9:43 AM MYT
Ezna Khalili
Ezna Khalili

Ibu kepada seorang anak remaja yang suka menulis dan mengembara.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuffImage Credit: Unsplash - Tim Trad

Saya dan keluarga telah berpeluang ke negara Switzerland selepas pintu negara dibuka setelah wabak Covid-19 melanda satu dunia. Ada 5 fakta menarik ketika kami berkunjung ke negara tersebut pada bulan Jun tahun 2022. 

1. Kenderaan awam sangat efisien. 

Apa yang membuatkan kami kagum ialah kenderaan awam mereka sangat efisien. Kita kena muat turun aplikasi SBB Mobile dari Google Play untuk mengetahui waktu kenderaan awam tiba dan bertolak di setiap destinasi. Kenderaan awam terdiri daripada keretapi, tram, bas dan kapal. 

Bagi saya, masa kenderaan awam itu tiba memang tepat pada waktunya. Pernah satu ketika ketika saya menaiki tram dan ingin turun di perhentian, pintu tidak dapat dibuka. Disebabkan masa yang diambil untuk membuka pintu itu lama, tram terus berjalan kerana ia sangat mengikut ketepatan waktu. Jadi kami terpaksa turun di stesyen selepas itu. 

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Ada tram juga menghubungkan diantara bandar. Kita boleh rancang waktu kita untuk tiba di stesyen. Kita hanya perlu merujuk kepada aplikasi SBB Mobile tentang jadual waktu dan kenderaan awam yang mana tiba ke destinasi yang ingin kita tuju. 

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

2. Boleh menikmati 2 musim sekaligus. 

Jika kita berpeluang melawat Switzerland pada musim panas, kita juga boleh disajikan dengan permandangan musim sejuk di atas gunung. Unik kan?

Ketika melawat perkampungan Lauterbrunnen, jangan melepaskan peluang melihat keindahan air terjun Staubbach. Cuaca agak panas di perkampungan ini tetapi tidaklah sepanas cuaca di Malaysia. Boleh baca selanjutnya di laman web MySwitzerland.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Selepas ke Lauterbrunnen, kami berpeluang melawat tempat penggambaran filem James Bond di Schilthorn - Piz Gloria. Boleh mendapatkan informasi dan membeli tiket kereta kabel di laman web Schilthorn. Ia terletak pada ketinggian 2970 meter dari paras laut. Ketika itu, cuaca pun boleh bertukar kepada sejuk iaitu 8 darjah selsius. Kena bersedia dengan baju yang lebih tebal.

Jika anda seorang yang berani, anda boleh bergambar di platform di bahagian belakang tempat kami. Bergambar ini di mana platform tersebut boleh nampak kawasan di bahagian bawah gunung. Saya agak ngeri untuk berdiri di situ kerana saya fobia akan ketinggian. 

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Jika anda peminat James Bond, jangan lepaskan peluang melawat ke sini kerana terdapat banyak props, gambar-gambar pelakon James Bond, mahu pun standee pelakon dipamerkan di sini. Sepanjang perjalanan di dalam bangunan ini ada dimainkan video dan lagu dari filem James Bond. 

Dalam gambar ini, bangunan yang kami lawati di atas gunung Schilthorn ini berbentuk bulat. 

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Pergi satu negara tetapi kita boleh menikmati 2 musim sekaligus itu kiranya agak berbaloi juga kan?

3. Boleh menikmati air pergunungan dari paip yang disediakan. 

Kalau berkunjung ke negara Switzerland, kita boleh menikmati air dari kawasan pergunungan dengan percuma. Tidak payah susah-susah untuk membeli air mineral water. Kita cuma perlu membawa bekas air kita sendiri. Lokasi ini terletak di Lindenhof. Informasi selanjutnya di laman web Zuerich.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Air pergunungan ini sangatlah sejuk. Ia boleh diminum begitu sahaja. Jimat sudah kerana tidak payah membeli air mineral lagi. Haa... kalau nampak paip air begini di tempat awam, tadahlah botol air kita tu ya...

Pernah ternampak pelancong dari Korea, meniru perbuatan kami. Mungkin mereka tidak tahu air ini boleh terus diminum. Kami tahu pun kerana agen pelancongan kami telah memberitahu info ini sebelum kami berlepas ke Switzerland.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

4. Air sungai yang bersih. 

Kalau diperhatikan air sungai yang mengalir di negara ini sangatlah bersih. Ini menunjukkan rakyat Switzerland sangat menjaga alam semulajadi supaya tidak tercemar. Mungkin rakyat Malaysia boleh belajar sesuatu dari sini.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Sepanjang perjalanan dengan menaiki keretapi, kami dihidangkan dengan permandangan yang sangat menarik dan air sungai yang sangat jernih. Saya sangat kagum dengan kebersihan dan kejernihan sungai di negara ini. Tempat menarik di Switzerland? Anda boleh layari MySwitzerland.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

5. Ejaan nama bandar yang berbeza tetapi merujuk kepada bandar yang sama. 

Haa macam mana tu ya? Di Switzerland ini, ada satu nama tempat yang berbeza ejaannya tetapi merujuk kepada nama tempat yang sama? Di manakah itu? Jawapannya ialah Luzern. Luzern dan Lucerne merujuk kepada bandar yang sama. Di sinilah terletaknya jambatan Chapel Bridge yang diperbuat daripada kayu yang masih kukuh. Boleh klik di sini untuk informasi selanjutnya.

Kenapa ada dua nama yang berbeza? Bandar Luzern merupakan bandar yang ramai didiami oleh mereka yang berkomunikasi di dalam bahasa Jerman manakala ejaan Lucerne pula ialah ejaan di dalam bahasa Perancis. Jika anda berpeluang ke sini, jangan keliru dengan ejaan ini. Ia merujuk kepada nama tempat yang sama. 

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Papan tanda kenderaan awam dan di dalam aplikasi SBB Mobile juga menggunakan ejaan perkataan Luzern.

Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Sumber: Ezna Khalili.

Jika ada kesempatan dan rezeki yang lebih, saya tidak akan menolak untuk mengembara di bumi Switzerland. Bak kata pepatah jauh perjalanan, luas permandangan. 


Image from: 5 fakta menarik negara Switzerland #TheGoodStuff
Hantar artikel/video berkaitan #TheGoodStuff dan menangi hadiah sebanyak RM11,000! Ketahui lebih lanjut di sini.  


Ezna Khalili adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.