5 fakta Rajwa Khaled anak hartawan Arab Saudi, bakal Permaisuri Jordan

25 Aug 2022 • 7:31 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RAJWA Khaled Al-Saif, demikian nama wanita yang mencuri hati Putera Mahkota Jordan Hussein bin Abdullah II sekali gus bakal menjadi Permaisuri Jordan.

Putera Mahkota Jordan berusia 28 tahun itu merupakan anakanda pertama Raja Abdullah II dan Permaisuri Rania. Pertunangan mereka yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini menjadi tumpuan.

image is not available

Masakan tidak, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengenali gerangan wanita yang bertahta di hati putera diraja.

image is not available

Bakal bergelar Permaisuri, Rajwa bukan wanita sembarangan. Elegan, jelita dan bijak, demikian ungkapan yang sesuai buat si tinggi lampai itu.

Siapa Rajwa yang turut menawan hati Permaisuri Rania? Berikut lima fakta mengenainya.

ANAK HARTAWAN
Beliau merupakan anak kepada Khalid bin Musaed bin Saif bin Abdulaziz Al Saif dan Azza binti Nayef Abdulaziz Ahmed Al Sudairi. Menurut South China Morning Post, bapa Rajwa ialah CEO Kumpulan Al Saif iaitu sebuah syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan, pembinaan dan keselamatan.

image is not available

ANAK BONGSU
Dilahirkan pada 28 April 1994, Rajwa merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Jika mengikut perkiraan bulan, wanita itu lebih tua dua daripada Putera Mahkota Hussein yang hari lahir pada 28 Jun.

image is not available

PELAJARI SENI BINA
Selepas menamatkan sekolah menengah di Arab Saudi, Rajwa berpindah ke New York dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang seni bina di Syracuse University’s College of Architecture.

image is not available

GRADUAN KOMUNIKASI VISUAL
Beliau turut memegang ijazah dalam komunikasi visual daripada Fashion Institute of Design and Merchandising di Los Angeles, Amerika Syarikat dan pernah bekerja di firma seni bina di sana sebelum berkhidmat di semasa di studio reka bentuk Designlab Experience di Riyadh.

image is not available

MENDAPAT RESTU PERMAISURI RANIA
Ikatan yang termeterai antara dua hati itu direstui ibu. Malah Permaisuri Rania menganggap bakal menantunya itu sebagai puteri ketiga dalam keluarganya.

image is not available

“Teruja untuk mengalu-alukan kedatangan anak perempuan ketiga saya, bakal pengantin Al Hussein, Rajwa, ke dalam keluarga! Kami sangat gembira untuk anda berdua,” tulisnya di Instagramnya.

IKUTI FESYEN BAKAL IBU MENTUA
Menurut laporan media Jordan, Rajwa memakai sepasang anting-anting emas putih bertatahkan berlian kuning milik Permaisuri Rania semasa majlis pertunangan. Anting-anting berkenaan daripada koleksi barang kemas terkenal Stephen Webster.

Memandangkan Putera Mahkota Hussein adalah yang pewaris takhta Jordan, Rajwa kemungkinan besar akan mempunyai lebih banyak tanggungjawab sosial dan tugas-tugas rasmi apabila berumahtangga kelak.

Putera berkenaan kini mengetuai Yayasan Putera Mahkota dan menjadi tuan rumah kepada kerabat diraja lain semasa lawatan mereka ke Timur Tengah.

image is not available
Ramai mula mengaitkan wanita itu dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Ia kerana Rajwa memakai gaun biru bagi foto rasmi pertunangan seperti mana Kate.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

View Original Article