5 Hari Kilang Sambal Nyet Ditutup, Khairul Aming Belanja Staf Hotel 5 Bintang & Naik ‘Private Yatch’

22 May 2023 • 11:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika sebelum ini usahawan serta pempegaruh, Khairul Aming belanja seluruh stafnya membeli baju untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, kali ini sekali lagi dia menarik perhatian warganet dengan sikap murah hatinya.

Melalui ciapan yang dibuat oleh Khairul Aming, dia sekali lagi belanja staf-staf yang bekerja di kilang Sambal Nyet sebagai tanda penghargaan bekerja keras dalam pembuatan produknya itu.

Difahamkan, mereka menginap di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yang terletak di Langkawi iaitu Park Royal.

Bukan itu saja, keesokan harinya KA telah membuat kejutan dengan memberi pekerja-pekerjanya menaiki ‘private yatch’ dan melakukan aktiviti bersama seperti ‘snorkeling’, meneroka gua serta lihat matahari terbenam.

Dalam pada masa yang sama, ‘influencer’ tersebut tidak lupa untuk memberi staf-stafnya duit belanja sewaktu bercuti di sana supaya dapat membeli ‘ole-ole’ buat keluarga ataupun untuk diri sendiri.

image is not available

Susulan video tersebut telah viral, ramai yang memuji sikap Khairul Aming yang tidak kedekut untuk mengeluarkan jumlah wang banyak buat pekerja-pekerjanya.

Sekadar info, biarpun jualan Sambal Nyet sudah mencecah sebanyak RM14 juta, netizen mengelar Khairul Aming sebagai jutawan yang sangat merendah diri kerana tidak pernah menunjuk kekayaannya.

image is not available 11 bulan lalu

(VIDEO) "Macam Ini La Bos" - Netizen Puji Khairul Aming Belanja Staff 'Sambal Nyet' Bercuti