5 iklan menarik angkat tema merdeka wajib ditonton

1 Sep 2022 • 1:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MERDEKA, merdeka, merdeka! Demikian ungkapan yang dilaungkan warga Malaysia tanpa mengira bangsa menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Dengan tema Keluarga Malaysia, Teguh Bersama, isu perpaduan dan keharmonian kaum adalah salah satu keistimewaan buat warga bumi bertuah ini.

Bukan sahaja turun ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan perarakan, jenama-jenama terkenal turut menzahirkan semangat patriotik dengan menerbitkan iklan khas sempena Hari Kebangsaan.

Biarpun hanya berdurasi pendek, watak, props dan sinematografi berjaya menyampaikan mesej dan semangat cintakan negara.

Bagi anda yang belum menyaksikannya, berikut ialah senarai iklan Hari Kebangsaan 2022 yang mesti ditonton:

  1. Cadbury Merdeka Unseen

Link : https://www.youtube.com/watch?v=ZU8tYaAn05E
Tajuk : Merdeka Unseen

image is not available

Detik hari kemerdekaan pada 65 tahun lalu sangat ikonik. Namun, ada kisah di sebalik hari itu. Cadbury Dairy Milk mengimbau kembali detik-detik bersejarah berkenaan melalui memori seorang lelaki yang menyaksikan hari kemerdekaan di Stadium Merdeka.

2. Taylors University
Link : https://www.youtube.com/watch?v=wKIvuc6RxTQ
Tajuk : Show & Tell | Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022

image is not available

Taylor’s University mencetuskan semangat patriotik menerusi sebuah iklan berdurasi empat minit 15 saat. Penceritaan bermula di dalam dalam sebuah kelas yang mana proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni sedang berlangsung. Guru telah meminta pelajarnya melukis dan berkongsi idea mereka tentang ciptaan kreatif yang boleh menjadikan Malaysia lebih maju.

3. Petronas

Link : https://www.youtube.com/watch?v=ABkqf-_4iuw
Tajuk : PETRONAS Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 ‘366’: Hari Ke-243 (Day 243) | Episode 5

image is not available

Tidak pernah gagal menyampaikan mesej menerusi iklan, Petronas pada ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-65 berkongsi drama bersiri perayaan ‘366’.Ia mula ditayangkan pada Tahun Baharu Cina memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadikan setiap hari baharu sebagai peluang kedua dan membantu satu sama lain untuk bangun dan mara semula.

Episod yang diterbitkan sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini mempersembahkan watak-watak berlainan bangsa dengan kisah kehidupan masing-masing sama seperti apa yang ada dalam masyarakat.

4. AFFIN Bank
Link : https://www.youtube.com/watch?v=7QojpHcNAK8-
Tajuk : Iklan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 AFFIN: Cita-Cita Malik

image is not available

Iklan ini berlatarkan perlawanan badminton yang mana pemain Malaysia, Malik Z sedang bertungkus lumus piala kejohanan dan membawa gelaran juara untuk Malaysia.

Menerusi iklan berdurasi empat minit 53 saat, ia berjaya membawa mesej menghargai wira-wira sukan negara yang telah mengharungi pelbagai cabaran dan memberi inspirasi kepada negara.

5. Milo
Link : https://www.youtube.com/watch?v=hqn-vwujnik
Tajuk : Malaysia Boleh Bersama MILO

image is not available

Lebih 70 tahun di pasaran, MILO kekal menjadi minuman kegemaran rakyat Malaysia. Sempena meraikan semangat perpaduan rakyat Malaysia, ia mengajak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang untuk bersama-sama mengharungi cabaran menerusi iklan berdurasi 30 saat.

image is not available

Iklan biarpun hanya pendek selingan, mesej tetap sampai. Impaknya mampu mempengaruhi audiens untuk menghargai pengorbanan perwira negara demi mendaulatkan kemerdekaan di negara yang tercinta ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan