5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu

LocalHealth & Fitness
4 May 2026 • 4:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu

5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu

Bomba merupakan organisasi penting yang bertanggungjawab melindungi masyarakat daripada kebakaran dan pelbagai situasi kecemasan.

Kehadiran mereka menjadi benteng utama dalam memastikan keselamatan nyawa dan harta benda.

Selain memadam kebakaran, bomba turut terlibat dalam operasi menyelamat seperti kemalangan, banjir dan bencana lain. Tugas ini memerlukan keberanian, kecekapan dan tindakan pantas dalam situasi berisiko tinggi.

Bomba juga berperanan mendidik masyarakat tentang keselamatan melalui kempen dan latihan.

Peranan mereka jelas penting dalam mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan bersedia.

Sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia pada 4 Mei, SK ingin berkongsi lima jenis pakaian perlindungan Hazmat dan CBRNE yang digunakan oleh anggota bomba di Malaysia.

Jenis-Jenis Pakaian Perlindungan Hazmat & CBRNe Anggota Bomba Malaysia

  • Level A (Fully Encapsulating Chemical Resistant Suit)

Image from: 5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu
Kredit: Tiktok @Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

Digunakan apabila bahan kimia beracun tidak diketahui atau berada pada tahap risiko tertinggi.
Pakaian ini melindungi anggota daripada pendedahan langsung kepada wap, gas atau cecair toksik.

  • Level B (Chemical Protective Suit)

Image from: 5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu
Kredit: Tiktok @Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

Digunakan apabila bahaya utama datang daripada wap atau gas berbahaya, tetapi risiko pendedahan kulit adalah lebih rendah berbanding Level A.

  • Level C (Tyvek Suit / Air-Purifying Respirator)

Image from: 5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu
Kredit: Tiktok @Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

Digunakan apabila jenis bahan berbahaya telah dikenal pasti dan risiko penyedutan adalah rendah. Pakaian ini bergantung kepada alat penapis udara (APR/PAPR).

  • Level C (CBRNe Suit)

Image from: 5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu
Kredit: Tiktok @Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

Digunakan dalam operasi yang melibatkan ancaman CBRNe (Chemical, Biological, Radiological, Nuclear dan Explosive) mengikut tahap risiko dan prosedur operasi.

  • Level D (Bunker Gear / Structural Fire Fighting Suit & BA)

Image from: 5 Jenis Sut Perlindungan Hazmat dan CRBNe Bomba Yang Ramai Tak Tahu
Kredit: Tiktok @Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2

Digunakan apabila tiada risiko bahan kimia berbahaya. Hanya melibatkan bahaya fizikal seperti haba, hentakan atau kecederaan semasa operasi kebakaran struktur.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved