5 Kesilapan Lazim Pelabur Baharu P2P & Cara Untuk Elakkannya

Business & FinancePersonal Finance
18 Dec 2025 • 5:45 PM MYT
SenangCite
SenangCite

Kami menyampaikan isu bisnes dan kewangan yang mudah difaham dan kelakar!

Pelaburan Peer-to-Peer (P2P) semakin mendapat perhatian pada tahun 2025, terutamanya dalam kalangan pelabur runcit yang mencari alternatif kepada simpanan tetap dan pasaran saham yang tidak stabil. 

Dengan potensi pulangan yang menarik dan risiko yang boleh dikawal, ia menjadi pilihan ramai untuk menjana pendapatan pasif.

Namun begitu, masih ramai pelabur baharu yang terjebak dalam beberapa kesilapan asas, yang akhirnya menjejaskan pulangan mereka. 

Jika anda baru nak mula melabur dalam P2P, elakkan 5 kesilapan ini untuk memaksimumkan potensi keuntungan anda.

1. Tidak Mendiversifikasikan Portfolio

Salah satu kesilapan paling biasa adalah meletakkan semua dana pelaburan dalam satu pinjaman atau sektor. 

Strategi ini meningkatkan risiko kerana jika pinjaman itu gagal bayar, anda mungkin mengalami kerugian besar.

Diversifikasi penting untuk mengimbangi risiko, contohnya dengan melabur dalam pelbagai jenis PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) daripada pelbagai industri. 

Di platform seperti CapBay, anda boleh guna fungsi Auto Invest untuk mempelbagaikan pelaburan secara automatik tanpa perlu pantau satu persatu.

2. Abaikan Penilaian Kredit PKS

Ramai pelabur terlepas pandang tahap kewangan dan kelayakan PKS yang mereka biayai. 

Ini sangat berisiko kerana pelaburan P2P tidak dijamin seperti simpanan bank.

CapBay menekankan penilaian kredit yang teliti, termasuk semakan sejarah pembayaran, profil syarikat dan sokongan cagaran, bagi memastikan setiap pinjaman yang ditawarkan lebih selamat untuk pelabur.

3. Fokus Hanya Pada Pulangan Tinggi

Siapa je tak suka pulangan tinggi, kan? Tapi terlalu obses mengejar kadar faedah boleh memakan diri, terutamanya jika anda abaikan risiko yang datang bersama.

Pilih pelaburan yang seimbang antara pulangan dan kestabilan

Di CapBay, setiap pelaburan telah diatur atau disusun untuk memberi pulangan konsisten sehingga 10% setahun tanpa perlu mengambil risiko yang melebihi jangkauan.

4. Tiada Rancangan Pelaburan Jangka Panjang

Ada pelabur yang hanya cuba sekali dua dan mengharapkan hasil besar serta-merta. Padahal, pelaburan sebenar memerlukan disiplin dan konsistensi.

Untuk manfaatkan kesan faedah berganda (compound returns), anda perlu melabur secara berkala dan biarkan ia berkembang. 

Fungsi Auto Invest CapBay bantu anda kekal konsisten dan fokus pada pertumbuhan jangka panjang.

5. Tak Pantau Pelaburan atau Prestasi PKS

Ada pelabur yang hanya ‘set and forget’, tapi sebenarnya penting untuk anda tahu perkembangan pelaburan dari masa ke masa.

CapBay menyediakan akses penuh kepada laporan prestasi, status pembayaran dan butiran syarikat secara telus melalui dashboard mereka. Anda tidak akan rasa ketinggalan.

image is not available

Kesimpulan

Pelaburan P2P adalah pilihan yang menarik untuk menjana pendapatan pasif, tetapi ia tetap memerlukan strategi dan disiplin.

Dengan mengelakkan lima kesilapan lazim ini—tidak diversifikasi, abaikan penilaian kredit, fokus pada pulangan tinggi, tiada perancangan jangka panjang, dan tidak memantau pelaburan—anda boleh membina portfolio yang lebih kukuh dan stabil.

Platform seperti CapBay menyediakan alat dan ciri yang memudahkan pelabur baharu untuk bermula dengan yakin, selamat dan lebih teratur.

Jika dilakukan dengan betul, P2P adalah langkah bijak untuk membina kekayaan jangka panjang.

Ketahui Lebih Lanjut  

Mula Melabur Sekarang

View Original Article