Photo by K15 Photos on Unsplash
Bunga cengkih adalah merupakan salah satu bahan yang sudah tidak asing lagi bukan sahaja di Malaysia bahkan sering digunakan di dalam masakan di seluruh dunia.
Terkenal sebagai bahan wajib dalam penyediaan pelbagai jenis rempah-ratus dalam masakan, bunga cengkih juga sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan.
Berikut adalah beberapa kebaikan bunga cengkih kesihatan yang perlu anda tahu.

1. Untuk menjaga kesihatan mulut
Bunga cengkih mempunyai ekstrak untuk membantu mengawal pertumbuhan pathogen (organisma yang boleh menyebabkan penyakit) dalam mulut dengan ketara (Sumber).
Ubat kumur yang mengandungi bunga cengkih mampu mengurangkan bakteria jahat serta boleh membantu mengurangkan bakteria dan keradangan dalam mulut.
2. Bagus untuk melegakan kembung perut
Masalah kembung perut boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah amalan pemakanan yang kurang sihat seperti makan terlalu banyak, makan lewat makan ataupun makan secara tidak teratur.
Amalan-amalan seperti ini akan menyebabkan perut menghasilkan asid secara berlebihan dan seterusnya boleh mengakibatkan masalah kembung perut.
Untuk melegakan kembung perut dan rasa loya, cuba kunyah 2 biji bunga cengkih dan minum segelas air sebelum tidur pada setiap hari (Sumber).

3. Membantu meningkatkan imuniti badan
Pucuk bunga cengkih yang kering boleh membantu dalam meningkatkan sistem imun dengan meningkatkan kiraan sel darah putih.
Peningkatan sel darah putih boleh mengurangkan hipersensitif badan kepada agen asing yang menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi semula jadi badan.
(Sumber)
4. Membantu mengurangkan sakit kepala
Bagi individu yang sering menghidap sakit kepala, cuba amalkan campuran cengkih dengan susu dan garam batu kerana ianya sangat berkesan untuk memberi kelegaan ketika sakit kepala.
Teh bunga cengkih juga dikatakan mampu untuk menghilangkan rasa sakit kepala. Caranya seperti berikut:
- Ambil 3 biji bunga cengkih (kisar jika perlu).
- Rendamkan dengan air panas selama 3 hingga 4 minit.
- Tapiskan atau asingkan bunga cengkih itu tadi dan anda boleh nikmati rasa teh pedas yang kaya pelbagai dengan khasiat.
5. Untuk melegakan keradangan
Keradangan adalah satu reaksi dan proses di dalam badan untuk memerangi perkara yang memudaratkan apabila berlakunya kecederaan atau jangkitan. Keradangan boleh menyebabkan kawasan yang berlaku reaksi menjadi sakit, sedikit panas, kemerahan, dan bengkak.
Ekstak bunga cengkih yang disebut eugenol adalah bahan yang bersifat pelega kesakitan akan merangsang reseptor yang mengesan kesakitan untuk memberi kelegaan (Sumber).
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.