5 Laluan Minyak Paling Penting Di Dunia Bagi 2025

WorldBusiness & Finance
12 Mar 2026 • 5:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

5 Laluan Minyak Paling Penting Di Dunia Bagi 2025

Ketika ini, nama Selat Hormuz menjadi sebutan dunia berikutan konflik antara Iran dan kuasa antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Israel.

Lebih-lebih lagi penutupan Selat Hormuz berikutan peningkatan konflik di Timur Tengah memberi kesan besar kepada global.

Ia termasuklah import minyak yang tidak dapat melalui kawasan berkenaan, sekali gus mendorong kepada peningkatan harga pasaran global.

Tapi pernah tak anda terfikir, selain selat ini, ada lagi tak laluan yang memberikan kepentingan besar pada dunia.

Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan lima laluan minyak paling penting di dunia.

Laluan Minyak Paling Penting 2025

image is not available
Kredit: AFP

Menurut laporan US Energy Information Administration (EIA), Titik sempit (chokepoints) merupakan saluran sempit di sepanjang laluan laut global yang sering digunakan dan sangat kritikal kepada perdagangan serta keselamatan tenaga global.

Hal ini kerana jumlah besar petroleum, cecair lain, dan gas asli cecair (LNG) yang melaluinya adalah sangat signifikan.

Lebih-lebih lagi, pasaran tenaga antarabangsa bergantung kepada laluan pengangkutan yang boleh dipercayai.

Jika transit minyak melalui titik sempit utama terhalang walaupun sementara, ia boleh menyebabkan kelewatan bekalan yang ketara dan kos penghantaran yang lebih tinggi.

Situasi ini sekali gus menyebabkan peningkatan harga tenaga dunia.

Berikut merupakan laporan separuh pertama tahun 2025 bagi jumlah bekalan petroleum di lima laluan minyak paling penting dunia.

1. Selat Melaka (23.2 Juta Tong Sehari)

Selat Melaka merupakan salah satu laluan minyak terpenting dunia khususnya bagi rantau Asia Tenggara. Selat ini terletak di antara Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Ia menjadi laluan penting bagi Asia Barat ke China, Jepun dan Korea Selatan.

2. Selat Hormuz (20.9 Juta Tong Sehari)

Terletak di antara Teluk Parsi dan Teluk Oman, Selat Hormuz merupakan salah satu lauan penting dunia.

Di sini, kebanyakan minyak dari Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu di eksport keluar.

3. Terusan Suez (4.9 Juta Tong Sehari)

Seterusnya adalah Terusan Suez, yang terletak di Laut Mediterranean hingga ke Laut Merah.

Ia menjadi laluan penting bagi kapal-kapal yang bergerak dari Asia Barat ke Eropah.

image is not available
Kredit: EIA

4. Bab el-Mandeb (4.2 Juta Tong Sehari)

Laluan Bab el-Mandeb terletak di antara Laut Merah dan Teluk Aden. Laluan ini penting bagi kapal-kapal yang bergerak dari Terusan Suez menghala ke Laut Hindi

5. Selat Denmark (4.9 Juta Tong Sehari)

Laluan kelima yang penting merupakan Selat Denmark yang terletak di antara Greenland dan Iceland (Lautan Atlantik Utara).

Selat ini menjadi laluan bagi kapal dan tenaga antara Atlantik Utara dan Artik.

image is not available