5 Lokasi ‘Hiking’ Terbaik Tanpa Permit Di Malaysia, Penggemar Aktiviti Mendaki Kena Cuba!

LocalTravel
29 Sep 2024 • 7:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
hiking

Aktiviti mendaki gunung atau hiking memang terkenal sebagai cara terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.

Di Malaysia, ada pelbagai tempat mendaki yang menarik, dari laluan mudah hingga yang lebih mencabar. Berikut adalah 5 lokasi hiking yang popular di kalangan rakyat Malaysia.

Bukit Broga

image is not available

Terletak di Semenyih, Selangor, Bukit Broga adalah pilihan popular untuk melihat matahari terbit. Laluan mendakinya tidak begitu sukar, hanya memerlukan kira-kira dua jam untuk sampai ke puncak. Suasana subuh yang nyaman menjadikan Bukit Broga destinasi kegemaran ramai.

image is not available

Gunung Datuk

image is not available

Gunung Datuk di Negeri Sembilan adalah destinasi ideal untuk mereka yang ingin mencabar diri sebelum mencuba pendakian lebih ekstrem. Ia juga sesuai untuk pemulihan selepas pendakian yang mencabar.

image is not available

Gunung ini menawarkan pengalaman mendaki yang unik dengan cabaran tersendiri, walaupun bagi pendaki baru.

Taman Eco Rimba

image is not available

Hanya 3km dari pusat bandar Kuala Lumpur, Taman Eco Rimba terletak di Hutan Simpan Bukit Nanas. Ia popular untuk pendakian ringan dengan kehijauan alam yang menenangkan.

image is not available

Nak naik mendaki percuma je, menjadikannya lokasi yang menarik untuk pendaki bandar yang ingin lari dari kesibukan.

Bukit Tabur

image is not available

Bukit Tabur di Lembah Klang menawarkan dua laluan mendaki: Bukit Tabur Timur dan Bukit Tabur Barat. Laluan Barat lebih mencabar dengan pendakian yang curam, manakala Laluan Timur lebih mudah dan sesuai untuk pendaki amatur.

image is not available

Kedua-dua laluan menawarkan pemandangan panoramik yang menakjubkan sepanjang perjalanan.

Gunung Semangkok

image is not available

Gunung Semangkok dengan ketinggian 1,824 meter adalah idaman ramai pendaki. Laluan yang berbatu dan curam memerlukan pendaki berhati-hati, terutama apabila merangkak melalui buluh-buluh yang tumbang. Ia sememangnya mencabar, tetapi berbaloi bagi mereka yang sukakan cabaran.

Malaysia sememangnya kaya dengan landskap semula jadi, menjadikan aktiviti mendaki pengalaman yang tak terlupakan!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Hiking