5 Maut Helikopter Terhempas Di Korea Selatan

27 Nov 2022 • 5:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SEOUL, 27 Nov (Bernama) — Lima maut selepas sebuah helikopter terhempas lalu terbakar di daerah Yangyang, wilayah Gangwon, Korea Selatan pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Pihak berkuasa bomba menemukan lima mayat selepas memadamkan api.

Kejadian berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan.

Helikopter yang disewa bersama oleh kerajaan tempatan Sokcho, Goseong dan Yangyang itu terhempas ketika menjalankan operasi memadamkan kebakaran hutan.

Sumber: BERNAMA