SUSU pekat manis banyak digunakan dalam minuman dan masakan. Dengan kenaikan harga barangan dan inflasi, bagi keluarga yang besar eloklah cuba buat sendiri susu pekat manis homemade menggunakan resipi mudah ini. Bolehlah berjimat duit belanja dapur kan?
SinarPlus ingin kongsikan resipi berguna daripada Eja Derol ini. Mudah sahaja caranya, tidak sampai lima minit, susu pekat manis boleh siap untuk diguna.
“Saya hendak kongsikan cara membuat susu pekat homemade. Jimat sikit bajet beli susu pekat,” kongsinya.

SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE
Bahan-bahan
300 gram susu tepung (boleh dibeli di kedai bahan bakeri, sekitar RM7 untuk 500 gram)
2 1/2 cawan gula
1 cawan air panas
1 sudu besar marjerin

Cara penyediaan
1-Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (blender).
2-Kisarkan ia berubah menjadi tekstur krim, semua bahan hancur dan sebati.
3-Siap dan sedia untuk digunakan untuk penyediaan minuman dan masakan.
Ujar Eja lagi, susu pekat manis ini boleh tahan selama dua minggu jika disimpan bekas bertutup di dalam peti sejuk.
Senang jer kan caranya? Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
The post 5 minit siap! Resipi susu pekat manis homemade hanya 4 bahan. Jimat & dijamin halal appeared first on Sinar Plus.
