
5 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 11 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu membabitkan beberapa daerah di Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah, seluruh negeri Perlis dan WP Labuan.
"Di Kedah daerah yang diramal hujan adalah Langkawi dan Kubang Pasu. Manakala di Pahang pula termasuk Maran, Kuantan dan Pekan.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
"Bagi Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.





