5 Negeri Dalam Amaran Cuaca Buruk Malam Ini!

LocalEnvironment
7 Dec 2024 • 5:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
5 Negeri cuaca buruk malam ni

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang melibatkan lima negeri malam ini. 

Menurut laporan Kosmo, amaran ini dijangka berlanjutan sehingga jam 7 malam dan memerlukan perhatian serius daripada penduduk di kawasan terjejas.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk ini melibatkan beberapa kawasan berikut:

1. Perak:

  • Kinta
  • Kampar
  • Batang Padang

2. Kelantan:

  • Gua Musang

3. Terengganu:

  • Hulu Terengganu
  • Dungun
  • Kemaman

4. Pahang:

  • Tanah Tinggi Cameron
  • Lipis
  • Jerantut
  • Kuantan
  • Pekan

5. Johor:

  • Mersing
  • Kota Tinggi

Sarawak Juga Dalam Amaran Cuaca

image is not available

Bukan sahaja di Semenanjung, amaran cuaca buruk ini turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak, antaranya:

  • Sri Aman
  • Miri
  • Limbang

MetMalaysia menasihatkan penduduk di kawasan-kawasan ini untuk berjaga-jaga terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang, dan angin kencang.

#OhmediaNasihat

Cuaca buruk seperti ini bukan perkara yang boleh diambil ringan. Sentiasa semak kemas kini ramalan cuaca, elakkan aktiviti luar jika hujan lebat, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir kilat. 

Keselamatan keluarga dan harta benda harus diutamakan. Jangan lupa untuk simpan nombor kecemasan dan pastikan dokumen penting berada di tempat selamat.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved