
5 Negeri Dijangka Hujan Lebat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga jam 5 petang ini.
Lima negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Di negeri Terengganu, daerah yang terlibat adalah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. Manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin.
“Bagi negeri Johor, tiga daerah dijangka hujan iaitu, Segamat, Kluang dan Mersing.
“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Kuching, Samarahan (Simunjan), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).
“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: METMalaysia
The post 5 Negeri Dijangka Hujan Lebat Petang Ini appeared first on Siakap Keli.


