5 Pelajar Ponteng Sekolah Diserbu Polis Ketika Rakam Video Lucah Di Rumah Kosong

9 Jun 2024 • 3:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Macam yang kita sedia maklum, pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan mendatangkan banyak keburukannya. Kali ini, 5 pelajar di Indonesia sanggup burukkan nama keluarga dengan perbuatan tak senonoh ketika ponteng sekolah. Apa nak jadi ni?

Menurut laporan mStar, sekumpulan pelajar diserbu oleh pihak polis di dalam sebuah rumah kosong kerana ponteng sekolah.

Lebih mengejutkan, bukan sahaja ponteng sekolah, mereka juga difahamkan sedang membuat rakaman video lucah di dalam rumah itu.

Ya, memang benar kejadian di Tolitoli. Kes itu sudah disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Tolitoli, cuma saya belum tahu butirannya lagi.

image is not available

Kata pegawai yang membut sebuan, mereka mendapati empat pelajar lelaki tanpa baju sedang mengelilingi seorang pelajar perempuan.

Walau bagaimanapun, Ketua Perhubungan Awam Polis Tolitolu, Inspektor Budi Atmojo berkata dia tidak dapat berkongsikan maklumat lanjut kerana belum menerima laporan penuh.

Sementara itu, dia juga menjamin pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes ini selepas menerima laporan penuh.

Apalah nak jadi dengan remaja sekarang ni. Tak cukup dengan ponteng sekolah, siap rakam video tak senonoh pula. Apapun, semoga anak-anak kita sentiasa dilindungi daripada aktiviti macam ni lah ye.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.