5 Pelajar Tingkatan 5 Ditahan, Bantu Siasatan Kes Buli

21 May 2023 • 8:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kamarul Rizal Jenal - Gambar fail

BALIK PULAU - Lima pelajar tingkatan lima sebuah institusi pendidikan menengah di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau di sini, ditahan untuk membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt, Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua remaja lelaki berumur 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya selesai mengambil keterangan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, kejadian pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku kerana mangsa turun lewat untuk menunaikan solat subuh dan pelajar terbabit mengalami luka di badan selepas dipukul kumpulan senior itu.

Mangsa dikatakan memaklumkan kepada ayahnya berhubung kejadian berkenaan sebelum lelaki itu membuat laporan polis. - Bernama