5 Penginapan Airbnb Memikat Di Sabah Dan Sarawak

Travel
11 Jul 2024 • 6:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Arcadia Mont Kinabalu

Percutian ke Sabah dan Sarawak memang mengasyikkan, terutamanya jika anda seorang pencinta alam semulajadi. Kedua-dua negeri di Borneo ini mempunyai pesona unik dan luar biasa berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai yang menyenaraikan kedua-dua negeri ini sebagai destinasi percutian kegemaran. 

image is not available

Untuk anda yang sering berulang-alik ke sana untuk sebuah pengembaraan, berikut adalah lima penginapan luar biasa yang boleh ditempah di Airbnb untuk dijadikan pilihan. 

Dari Gunung Kinabalu yang berdiri megah, hinggalah ke hutan hujan Sarawak yang mempesonakan. Sama ada anda mencari percutian bandar yang santai atau hujung minggu yang penuh dengan pengembaraan, Borneo pasti tidak mengecewakan. 

1. Arcadia Mount Kinabalu

Terletak di dalam keindahan Ranau, kabin menawan yang dilengkapi dengan pendiang api ini mempunyai dek yang besar, sesuai untuk anda percutian keluarga dan teman-teman. 

image is not available

Nikmatilah malam yang dingin dengan keselesaan dan renunglah Gunung Kinabalu sepuas-puasnya, sambil melakar memori yang kekal dalam ingatan.

2. KTG's Residence

Bayangkan anda menghirup kopi di pagi hari dengan di kelilingi kehijauan alam mempersona, atau sambil melihat langit malam yang dihiasi kerlipan bintang. 

Semua ini boleh dikecapi jika anda bercuti di KTG's Residence. Chalet empat bilik yang  boleh memuatkan 10 orang dewasa ini juga menawarkan pemandangan panoramik gunung dari teres yang luas. 

image is not available

Ia adalah lokasi persembunyian yang sempurna di tengah-tengah keindahan alam semula jadi Sabah.

3. Bonheur Villa 136 at Karambunai

Merancang perjalanan ke Kota Kinabalu dan mencari tempat percutian yang tenang?

image is not available

Jom bawa diri ke Bonheur Villa 136. Hanya 40 minit pemanduan dari pusat bandar, di sini anda boleh menyaksikan panorama bukit dan lautan sambil bersantai penuh selesa. 

image is not available

Dilengkapi dengan kolam renang dan pelbagai kemudahan serba moden, vila tepi laut ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kota.

4. Ray's Place

Penginapan ini boleh disifatkan sebagai oasis di tengah bandaraya Kuching. Ray's Place menjanjikan sebuah penginapan untuk percutian bandar yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan maksimum.  

image is not available

Penginapan ini mempunyai empat buah bilik yang boleh memuatkan sehingga sembilan orang dewasa dalam satu masa.

image is not available

Perlu diingatkan, haiwan peliharaan adalah dilarang untuk masuk ke sini.

5. Lintang Corner

Sekali pandang, Lintang Corner mungkin nampak biasa-biasa sahaja apabila dilihat dari luar. Namun, apabila melangkah masuk anda pasti kagum dengan estetika gaya perindustrian dan ‘hutan hujan mini’ yang mendiami rumah ini. 

image is not available

Pendek kata, ia adalah penginapan yang ideal selepas seharian meneroka tempat-tempat menarik di sekitar Kuching. Dari persekitaran bingit, anda membawa diri ke sebuah lokasi mendamaikan. 

image is not available

Untuk lebih banyak inspirasi perjalanan, anda boleh lawati www.airbnb.com. 

Ingat, senarai yang dipaparkan di atas adalah cadangan semata-mata, Airbnb tidak mengesyorkan atau menyokong penyenaraian tertentu pada platform ini. - Getaran, 11 Julai 2024

Foto : Airbnb