5 rakan dibebas dan dilepaskan pertuduhan bunuh remaja

3 Oct 2023 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesemua tertuduh bergambar bersama peguam mereka selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan dan melepaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang remaja pada 2017.

GEORGE TOWN - Lima rakan dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dua pertuduhan iaitu mencederakan dan membunuh seorang remaja lelaki enam tahun lalu.

V Sharmah, 24; J Ragesuthen, 24; K Tatisan, 23; serta dua beradik, S Gokulan, 24 dan S Gopinath, 32, dibebaskan selepas didakwa secara bersama menyebabkan kematian T Nhaveen pada Jun 2017.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Radzi Hamid pada Selasa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Radzi telah melepaskan kelima-lima tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved