
Kalau cari resipi smoothie di Youtube, rata-ratanya tunjuk channel orang luar. Bila channel orang luar, buah-buahan pun kebanyakannya dari luar negara. Disebabkan itu, saya cuba dan cari idea untuk menghasilkan resipi smoothie yang bukan sahaja menggunakan buah-buahan, bahkan ulam tempatan juga!
Resipi smoothie yang saya cipta ini sesuai untuk orang yang malas nak masak sayur, makan salad, makan buah, sibuk dan pada masa yang sama; nak makan benda yang sihat supaya kesihatan dalaman terjaga! Di samping itu, smoothie ini sesuai untuk pesakit yang menjalani pembedahan rahang; menuntut mereka untuk makan makanan cair.
Dua bahan tetap yang saya gunakan ialah buah mata kucing dan daun selom. Mata kucing juga boleh digantikan dengan buah longan dan buah rambutan. Pucuk daun selom pula boleh digantikan dengan ulam raja atau apa-apa ulam yang anda gemari.

Bahan-bahan: Tembikai susu (secawan) + mata kucing ( setengah cawan) + daun selom (tiga puluh helai) + air masak (secawan). Daripada lima bintang tahap kesedapan, saya bagi empat bintang!

Bahan-bahan: Tembikai merah (secawan) + mata kucing (setengah cawan) + daun selom (tiga puluh helai) + air masak (secawan). Daripada lima bintang kesedapan, saya bagi lima bintang penuh!

Bahan-bahan: Nanas (secawan) + mata kucing (setengah cawan) + daun selom (tiga puluh helai) + air masak (secawan). Daripada lima bintang kesedapan, saya bagi tiga bintang. Nanas saya kurang manis.

Bahan-bahan: Mangga (secawan) + mata kucing (setengah cawan) + daun selom (tiga puluh helai) + air masak (secawan). Daripada lima bintang kesedapan, saya bagi lima bintang!

Bahan-bahan: Buah naga (secawan) + mata kucing (setengah cawan) + daun selom (tiga puluh helai) + air masak (secawan). Daripada lima bintang kesedapan, saya bagi dua setengah bintang. Buah naga kurang manis, mungkin boleh tambah madu untuk lebih sedap. Tapi, dari segi warna, smoothie ini nampak paling menggiurkan!
Resipi smoothie ini mudah, sedap dan sihat. Cubalah resipi ni untuk sahur atau berbuka puasa nanti!
Hantarkan konten berkaitan #SihatCergas dan berpeluang menangi hadiah bernilai sebanyak RM17,755 termasuk langganan air Spritzer dan hadiah wang tunai. Ketahui lebih lanjut di sini.
Cik Mas Menulis adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


