5 Subsidi Kerajaan yang Korang Mungkin Tidak Tahu

LocalBusiness & Finance
12 Dec 2024 • 12:00 AM MYT
Loanstreet
Loanstreet

Malaysian personal finance-focused website that you’ll need in your life.

1. Skim MYHOME

 

Kadar bantuan: 
 

  • Menawarkan insentif sehingga RM 30,000 bagi setiap unit rumah

  • 10,000 unit subsidi


Kriteria kelayakan: 
 

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas

  • Pembelian untuk rumah yang pertama

  • Pendapatan bulanan isi rumah mesti mematuhi seperti yang berikut:-

     

    JenisHarga Pasaran (RM)Harga Subsidi (RM)Saiz Minimum Pendapatan Isi Rumah (RM)
    MyHome 1 (Semenanjung Malaysia) 80,00 - 150,00050,000 - 120,000 800 3,000 - 4,000
    MyHome 2 (Semenanjung Malaysia)150,000 - 300,000120,000 - 270,0008504,001 - 6,000
    MyHome 1 (Sabah & Sarawak) 90,000 - 120,00060,000 - 90,0008003,000 - 4,000
    MyHome 2 (Sabah & Sarawak)120,000 - 250,00090,000 - 220,0008504,001 - 6,000
  • 2. Skim Perumahan Belia (YHS)

     

    Kadar bantuan:
     

    • Menyediakan jumlah sebanyak 100% daripada harga pembelian yang sebanyak RM 500,000

    • Menyediakan 5% daripada harga pembelian untuk pembiayaan insurans (MRTT / MRTA)

    • Hanya 20,000 pembeli berdasarkan ‘first come first serve’

    • 50% pengecualian duti setem untuk perjanjian kepada pinjaman dan pemindahan

    • Ansuran bulanan adalah sebanyak RM 200 bagi setiap bulan sepanjang 2 tahun
       

    Kriteria kelayakan: 
     

    • Belia yang sudah berkahwin berumur antara 21 hingga 45 tahun

    • Pendapatan bulanan isi rumah (Dua orang) mesti tidak boleh melebihi RM 10,000 setiap bulan

    • Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun, umur peminjam tidak harus melebihi 65 tahun di akhir tempohnya

     

    3. Klinik 1Malaysia

     

    image is not available

     

    Klinik awam telah menawarkan konsultasi daripada doktor dan perubatan yang umum bagi rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun ke bawah dan bayarannya hanya RM 1. Mereka yang berumur 60 ke atas akan menerima perubatan yang percuma. Ia juga menawarkan pembedahan tetapi mempunyai kadar yang tertentu dan ia adalah lebih rendah daripada institusi swasta.

     

    Tengok sini untuk tahu dimana Klinik 1Malaysia yang terdekat dengan korang. 

     

    4. Bantuan  Kanak-kanak

     

    Kadar bantuan:
     

    Minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan, mengikut pecahan:
     

    • RM200/seorang untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

    • RM150/seorang untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun.

  • Maksimum: RM1,000 sebulan untuk setiap keluarga.
     

  • Kriteria kelayakan:
     

    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.

    2. Keluarga atau penjaga yang menjaga kanak-kanak dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

    3. Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Namun, yang berumur lebih 18 tahun masih layak dipertimbangkan sekiranya masih bersekolah sehingga tamat menengah atas.

     

    5. BUDI MADANI

     

    image is not available

     

    Korang layak dapatkan subsidi kalau korang berada dalam kategori berikut: 
     

    BUDI IndividuBUDI Agro-komiditi
    • Warganegara 
    • Gaji tahunan bawah RM100,000
    • Pemilik kenderaan diesel persendirian (bukan kenderaan mewah bawah 10 tahun).
    • Petani/Kecil Pekebun berdafta yang aktif
    • Perolehan tahunan sebanyak  RM50,000-RM300,000
    • Berdaftar di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan atau Kementerian Perladangan & Komoditi
     

    Jangan lepaskan peluang!


    Walaupun sesetengah skim perumahan mungkin dah penuh, korang masih boleh dapatkan tawaran pinjaman terbaik dengan guna alat perbandingan pinjaman perumahan kami. Atau, stay tuned dengan artikel terbaru untuk tips kewangan yang berguna!
     

    *Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

     

    BACA JUGAK: