5 tahun Ryzal Ibrahim konsisten sambut hari lahir Rina tanpa lilin, raih pujian - 'Papa yang best, pandai didik anak'

Family & Parenting
23 Oct 2026 • 9:38 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 5 tahun Ryzal Ibrahim konsisten sambut hari lahir Rina tanpa lilin, raih pujian - 'Papa yang best, pandai didik anak'

SAMBUTAN hari lahir selalunya sinonim dengan potong kek, tiup lilin dan hiasan meriah. Namun bagi pempengaruh serta usahawan, Ryzal Ibrahim, kemeriahan visual bukan ukuran utama dalam meraikan pertambahan usia anak sulungnya, Nik You Rina.

Sebaliknya, Ryzal dan isteri, Maryam Younarae, memilih pendekatan bersesuaian dengan prinsip didikan yang mereka pegang.

Walaupun bulan kelahiran Rina jatuh pada musim sambutan Halloween, pasangan ini kekal konsisten dengan cara tersendiri tanpa mengikut trend berlebihan.

Menariknya, kecekalan itu bukan sekadar bertahan untuk satu atau dua tahun, malah berjaya dikekalkan selama lima tahun berturut-turut.

Menerusi perkongsian di media sosial, Ryzal menjelaskan sambutan hari lahir Rina diadakan secara bersederhana tanpa simbolik lilin mahupun topeng hantu.

“Setiap kali hari kelahiran Rina, sambutan Halloween jatuh pada bulan yang sama.

"Alhamdulillah, lima tahun berturut-turut saya kekalkan sambutan hari lahir tanpa lilin, tanpa topeng hantu, tanpa berlebihan,” katanya.

Image from: 5 tahun Ryzal Ibrahim konsisten sambut hari lahir Rina tanpa lilin, raih pujian - 'Papa yang best, pandai didik anak'

Bagi Ryzal, membesarkan anak bukan sekadar memenuhi kehendak fizikal atau mencipta kenangan manis semata-mata, sebaliknya menuntut ibu bapa untuk terus belajar serta membimbing anak-anak dengan nilai yang diyakini.

Meskipun sudah lima tahun menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, dia mengakui perjalanan mendidik zuriat merupakan satu proses pembelajaran berterusan bersama isteri tercinta.

“Tahun kelima menjadi ibu bapa. Banyak yang saya pelajari dan perlu ajar,” kongsinya lagi.

Pendekatan jujur dan berprinsip itu mendapat pujian meluas daripada warga maya yang rata-ratanya mengagumi kepimpinan Ryzal sebagai seorang bapa.

Seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan Ryzal sebagai contoh teladan yang wajar dicontohi oleh pempengaruh lain.

“Papa yang best untuk anak-anak. Bagi contoh dan teladan yang baik. Influencer macam inilah kita banggakan. Alhamdulillah,” tulisnya.

Seorang lagi netizen turut menyokong pendirian Ryzal mengenai tradisi meniup lilin dan berharap lebih ramai ibu bapa berani mempertahankan prinsip keluarga masing-masing.

Image from: 5 tahun Ryzal Ibrahim konsisten sambut hari lahir Rina tanpa lilin, raih pujian - 'Papa yang best, pandai didik anak'

Selain pujian terhadap gaya keibubapaan mereka, ruangan komen turut dibanjiri doa serta ucapan selamat hari lahir buat Rina agar membesar menjadi anak yang sihat dan solehah.

“Happy Birthday, Rina! Semoga Rina membesar menjadi anak yang baik, solehah, sihat, ceria dan sentiasa dikelilingi kasih sayang,” titip seorang pengikut.

"Alhamdulillah... Faham agama. Didik Rina  dan Mariam kefahaman agama yang sebenar-benarnya," puji netizen lain.

Ada juga peminat yang meluahkan rasa teruja apabila melihat wajah Rina mula menghiasi papan iklan gergasi di ibu kota, sambil mendoakan agar si kecil itu terus menjadi penyejuk hati kedua ibu bapanya.

Pada akhirnya, perkongsian sederhana Ryzal bukan sekadar kisah sambutan ulang tahun, tetapi peringatan mesra buat semua bahawa corak asuhan anak-anak sentiasa bermula daripada ketegasan dan nilai murni yang diterap oleh ibu bapa di rumah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved