5 tahun selepas pembedahan masih berhubung, Ainul Mardhiah hadir ke majlis persandingan Dr Amalina

8 May 2023 • 1:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

5 tahun lepas pembedahan masih berhubung, Ainul Mardhiah hadir majlis persandingan Dr Amalina

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, kanak-kanak yang pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia pada tahun 2018 selepas perjuangannya melawan ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumour’.

Ketika berusia lapan bulan, ketumbuhan seberat 200 gram pada bahagian mulut Ainul berjaya dibuang menerusi pembedahan yang dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London.

Di sebalik pembedahan itu, antara insan yang tampil membantu Ainul sekeluarga ialah pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri.

image is not available
Kredit foto: Facebook Ahmad Safiuddin

Malah selepas beberapa tahun berlalu, Dr Amalina masih lagi berhubung dengan keluarga Ainul untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan kanak-kanak itu.

Malah kanak-kanak itu dan ibu bapanya, Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi turut diundang sebagai jemputan.

image is not available
Kredit foto: Facebook Ahmad Safiuddin

“Sebelum majlis ini berlangsung, Dr Amalina selalu WhatsApp isteri tanya Ainul boleh datang atau ke tidak. Dr Amalina kata kami wajib datang. Beliau nak kami ada sekali dalam majlisnya.

“Semalam petang pun sebelum event beliau sempat WhatsApp cakap ” kita jumpa malam ni ya “. Tak sabar nak jumpa Ainul. Walaupun jauh dan dah lima tahun berlalu, Dr Amalina sentiasa tanya keadaan Ainul secara personal.

“Tahun lepas Dr Amalina ada balik Malaysia sekejap pun dia cuba curi masa untuk berjumpa dengan Ainul. Semalam tak sempat nak ambil gambar Ainul dan Bella, insya-ALLAH next time,” kongsi bapa kepada tiga cahaya mata itu.

image is not available
Kredit foto: Facebook Ahmad Safiuddin

Mengimbau memori beberapa tahun lalu, Ahmad Safiuddin bersyukur dipertemukan denga insan yang baik-baik ketika dalam usaha menyelamatkan nyawa anak sulungnya itu.

“Ketika misi menyelamatkan Ainul dahulu, ALLAH kirimkan ramai orang-orang baik. Terlalu ramai sehingga saya tak mampu nak sebutkan satu persatu terutamanya rakyat Malaysia.

“Tanpa bantuan rakyat Malaysia, misi ini mungkin tidak akan berjaya. Tanpa para doktor dan professionals, misi ini tidak akan berjaya. Tanpa doa-doa, misi ini juga tidak akan berjaya. Banyak pihak yang ambil peranan dalam misi itu dahulu dan kami sekeluarga sangat berterima kasih.

“Semuanya saling memerlukan tanpa mengira pangkat, kaum dan agama,” titipnya.

image is not available

Ahmad Safiuddin Abdul Razak menerusi hantarannya di Facebook berkongsi beberapa foto persandingan Dr Amalina bersama suami, Alexander Charles yang anggun memakai sepersalinan songket ungu.

Dr Amalina dan Alex telah bernikah pada April 2021. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan dinamakan Arabella Mia.

image is not available
Kredit foto: Facebook Ahmad Safiuddin

Warganet menitipkan doa Ainul terus sihat dan agar silaturahim antara mereka bertaut selamanya.

– “Rezeki Ainul, dalam ujian Allah hadirkan sekali dengan rezeki. Semoga ALLAH murahkan rezeki insan-insan yang baik hati semua. Dr Amalina seorang insan yang baik hati dan humble.”

– “Alhamdulillah, tabarakallah semoga Ainul membesar menjadi anak yang solehah.”

– “Alhamdulillah. Doktor yang baik.”

– “Alhamdulillah atas hubungan yang masih terjalin. Moga kekal begitu.”

– “Comel kakak Ainul bersebelahan dengan doktor. Tahniah Dr Amalina.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.