5 Tips untuk Tingkatkan Imuniti Badan

Health & Fitness
27 Jun 2022 • 10:00 AM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Photo by Fitsum Admasu on Unsplash

Tahap imuniti terhadap penyakit bergantung kepada kehadiran antibodi di dalam sistem badan individu. Antibodi adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh badan untuk meneutralkan toksin ataupun organisma pembawa penyakit (Sumber).

Selain pengambilan suplemen, terdapat pelbagai cara lain yang boleh anda lakukan untuk memupuk tahap imuniti badan. Pada artikel kali ini, jom kita semak beberapa cara untuk meningkatkan imuniti di dalam badan yang rasanya masih ramai tidak tahu.

1. Amalkan diet pemakanan yang sihat dan seimbang

Diet pemakanan yang sihat dan seimbang sebenarnya adalah kunci kepada tahap kekuatan imuniti badan.

Maka tidak hairanlah jika kita sering melihat kempen-kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan kebanyakkannya lebih tertumpu kepada amalan diet pemakanan.

Bukan sahaja untuk memberi tenaga, diet pemakanan yang sihat seperti pengambilan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijiran, kekacang, protein tanpa lemak dan lemak yang sihat akan memastikan tubuh badan mendapat jumlah mikronutrien yang mencukupi dalam usaha untuk mengekalkan tahap sistem imun seseorang (Sumber).

2. Minum air yang cukup

Umum sudah mengetahui peranan penting air di dalam kehidupan manusia. Salah satu daripadanya termasuklah untuk menyokong kemampanan sistem imun badan.

Seperti yang dibincangkan di atas, sistem imuniti badan bergantung kepada nutrien yang diperolehi melalui diet pemakanan yang sihat seterusnya akan disalurkan ke badan melalui aliran darah.

Apa yang menarik adalah aliran darah ini kebanyakkannya terdiri daripada air dan sekiranya badan tidak mendapat air yang mencukupi, maka nutrien tidak dapat disalurkan dengan efisien.

3. Tidur yang cukup

Selain air, tubuh juga memerlukan waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi. Tidur yang cukup membolehkan badan untuk mendapat kadar rehat yang diperlukan untuk menguatkan imuniti semula jadi.

Menurut garis paduan yang dikeluarkan oleh National Sleep Foundation, orang dewasa yang sihat memerlukan sekitar 7 hingga 9 jam tidur setiap malam. Manakala untuk bayi, kanak-kanak kecil dan remaja pula memerlukan lebih banyak waktu tidur untuk membolehkan pertumbuhan dan perkembangan mereka terpelihara (Sumber).

4. Kurangkan stress dan tekanan

Andainya anda mengalami stress yang berpanjangan, tubuh badan juga akan bertindakbalas untuk membantu menangani situasi tekanan tersebut.

Walaubagaimanapun, keadaan ini akan menekan sistem imun dan akhirnya membuatkan badan menjadi lemah. Sekiranya berterusan, badan akan lebih mudah terdedah dengan serangan penyakit.

5. Lakukan senaman berintensiti sederhana

image is not available
Photo by Sina Sadeqi on Unsplash

Senaman berintensiti sederhana dikatakan mampu untuk menggalakkan perolehan sel imun yang sihat. Antara contoh senaman sederhana adalah seperti berjalan kaki, berbasikal, mendaki, berenang dan sebagainya.

Menurut kajian, aktiviti senaman intensiti sederhana dipercayai boleh merangsang imuniti selular dengan meningkatkan peredaran sel imun untuk membantu badan lebih bersedia untuk menghadapi penyakit (Sumber).


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.