50 belia sertai kursus asas gunting rambut lelaki anjuran MPK

30 May 2023 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 MEI: Seramai 50 belia menyertai kursus asas gunting rambut lelaki anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 28 Mei lalu.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata kursus sehari itu dilaksanakan bawah program Pemberdayaan Komuniti Daerah Klang.

“​Kursus ini diadakan untuk membantu dan memberdaya komuniti di daerah Klang dalam mempelajari ilmu kemahiran dalam bidang gunting rambut.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu komuniti yang ingin menjana pendapatan dalam bidang gunting rambut,” katanya.

image is not available
Peserta mendengar penerangan tenaga pengajar sempena kursus asas gunting rambut lelaki anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Mini Auditorium E-Library, MPK Cawangan Tengku Kelana pada 28 Mei 2023. Foto Facebook MPK

Berucap dalam mesyuarat penuh bulanan di ibu pejabat MPK hari ini, Noraini berkata pembelajaran dilaksanakan secara teori dan praktikal oleh tiga tenaga pengajar dari Walter College.

Beliau berkata MPK turut mengesyorkan semua penganjuran program pemberdayaan komuniti diadakan di Plaza MPK sebagai Pusat Komuniti Warga Klang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved