50 pemimpin masyarakat, penggiat budaya etnik hadiri simposium

18 Jun 2024 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seramai 50 pemimpin masyarakat anak negeri dan penggiat budaya etnik kaum berpeluang untuk bertukar pandangan mengenai istiadat etnik Suluk dan meningkatkan kefahaman berbilang bangsa semasa Simposium Budaya Etnik Suluk di sini, baru-baru ini.

Simposium sehari itu bertemakan ‘Budaya Bunga Bangsa’.

Ketua Daerah Sandakan, OKK Zantapha Zainal Abidin berkata simposium sedemikian penting kerana dapat meningkatkan kefahaman tentang keunikan adat istiadat sesebuah kaum di Sabah.

“Ini julung kali diadakan di Sandakan dan mudahan-mudahan simposium ini dapat meningkatkan kefahaman berbilang bangsa berkenaan adat-adat di daerah ini.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Perbincangan topik berkaitan adat istiadat etnik Suluk penting kerana sebahagian masyarakat kurang pengetahuan tentang adat istiadat etnik tersebut.

“Dengan simposium ini, peserta memberi idea serta pandangan berkaitan adat sekali gus mengukuhkan lagi silaturrahim sesama mereka,” katanya kepada media semasa simposium yang diadakan di Dewan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Sandakan.

Simposium berkenaan dianjur bersama oleh Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan dengan kerjasama MAN Sandakan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan, Hatta Yunus @ Sawabi berkata, berdasarkan perbincangan dua hala antara penganjur dan peserta, pihaknya akan dapat membuat pelarasan hukum adat antara mukim dengan mukim lain.

Sehubungan itu, pihaknya merancang untuk membukukan adat istiadat etnik Suluk bagi memberikan pendedahan, pengetahuan dan pemahaman kepada pemimpin masyarakat anak negeri.

“Melalui simposium ini, kita dapat melihat kepelbagaian dan keunikan serta kelainan yang ditampilkan oleh kaum etnik Suluk dan etnik lain.

“Dengan itu, kita boleh berkongsi serta berkolaborasi dengan lain-lain persatuan ke arah memartabatkan budaya, adat dan etnik masing-masing supaya diangkat sebagai satu entiti budaya yang amat berharga untuk kerajaan dan khususnya kita di Sabah,” jelasnya.

Simposium itu dirasmikan oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sandakan, Asrul Abdul Samat yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.