50 SIM Box, 5,000 kad SIM dirampas, syarikat telco digesa perketat kawalan pendaftaran: MCMC

LocalTechnology
31 Jan 2026 • 10:06 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Sejumlah 50 peralatan SIM Box dan 5,000 kad SIM berjaya dirampas dipercayai untuk tujuan jenayah dan penipuan dalam talian dalam satu operasi bersepadu membabitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kajang baru-baru ini.

MCMC dalam satu kenyataan berkata rampasan itu mendedahkan skala besar penyalahgunaan peralatan telekomunikasi sekali gus membuktikan negara sedang berdepan ancaman serius terhadap keselamatan pengguna dan integriti rangkaian komunikasi.

"Penggunaan SIM Box dan kad SIM pukal, termasuk kad SIM asing, sering disalahgunakan untuk mencipta akaun palsu secara besar-besaran, memintas kawalan keselamatan platform digital, serta memudahkan aktiviti penipuan dalam talian.

Ia disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta 588, pesalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali," jelas kenyataan itu

Suruhanjaya itu turut menggesa penyedia perkhidmatan telekomunikasi memperketatkan kawalan pendaftaran kad SIM bagi menjamin keselamatan digital rakyat.

“MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan PDRM dan agensi penguatkuasaan lain bagi mencegah penyalahgunaan perkhidmatan telekomunikasi serta memastikan pematuhan kepada undang-undang,” katanya. - 31 Januari, 2026

The post 50 SIM Box, 5,000 kad SIM dirampas, syarikat telco digesa perketat kawalan pendaftaran: MCMC appeared first on Scoop.