500 hadir Himpunan Selamatkan Syariah

LocalPolitics
9 Feb 2024 • 10:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Orang ramai yang hadir pada Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Jumaat.

PUTRAJAYA - Lebih 500 penyokong Perikatan Nasional (PN) dan orang awam menyertai solat hajat Himpunan Selamatkan Syariah di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Jumaat.

Mereka hadir seawal jam 7.30 pagi dan kemudiannya menunaikan solat hajat pada jam 9 pagi.

Antara pemimpin PN yang menyertai solat hajat ini ialah bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

Pemimpin lain yang turut hadir ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Radzi Jidin; Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.