500 liter ammonia tumpah di kilang perai, bomba kawal kebocoran

LocalEnvironment
1 Aug 2025 • 8:55 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUTTERWORTH: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebocoran ammonia sebanyak 500 liter di sebuah kilang di Taman Pelangi, Perai. Kejadian dilaporkan pada pagi ini, dan operasi selesai sepenuhnya pada 1.25 tengah hari tanpa sebarang kecederaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.10 pagi. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai segera bergerak ke lokasi.

“Sebaik tiba mendapati terdapat kebocoran bahan kimia jenis ammonia berkuantiti 500 liter dan komander operasi dimaklumkan pihak syarikat telah meneuteralkan kebocoran tersebut sebelum bomba tiba,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut dihubungi untuk membantu di lokasi. Bacaan pH awal menunjukkan nilai 4, dan pihak syarikat diminta membuat sekatan bagi mengelakkan aliran bahan kimia tersebut.

Kerja-kerja nyah cemar dilakukan menggunakan Soda Ash, dan bacaan pH diambil semula bagi memastikan keadaan selamat. Operasi diselesaikan sepenuhnya pada 1.25 tengah hari tanpa sebarang insiden tambahan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved