
SANDAKAN: Seramai 500 pelajar dari Sabah mengikuti Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di China sejak tahun lepas, melahirkan tenaga mahir dan meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan.
Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir berkata, komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Zahid Hamidi terus memperkasakan TVET, dengan memperuntukkan kuota khas untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak, amat dihargai.
Advertisement“Susulan cadangan yang dikemukakan semasa Perbahasan Titah Diraja di Parlimen tempoh hari, saya amat menghargai usaha yang beliau lakukan dalam memastikan TVET terus diperkukuh bagi pembangunan modal insan negara.
“Inisiatif yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri seperti mewujudkan ‘Code of Practice for Programme Accreditation’ dalam memastikan semua program TVET yang ditawarkan menepa/ piawaian industri adalah satu inisiatif yang sangat baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Selain itu, Suhaimi berkata usaha Kementerian dalam menjalinkan kerjasama dengan syarikat automotif dari China bagi memperkasakan pelajar dalam sektor automotif dan EV adalah satu langkah yang tepat.
“Ini sekali gus akan memberikan mereka akses kepada peserta terhadap teknologi terkini, latihan industri berkualiti, dan peluang pekerjaan yang lebih luas,” jelasnya.
AdvertisementBeliau percaya inisiatif yang diperkenalkan, termasuk penambahbaikan kurikulum dan infrastruktur pembelajaran, akan memberikan impak besar dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing di peringkat global.
“Ini adalah antara usaha Umno Sabah dan Barisan Nasional dalam memperkasakan anak muda Sabah bagi memastikan golongan ini akan mempunyai masa hadapan yang cerah serta berkemahiran tinggi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebagai Ahli Parlimen daripada Umno dan Barisan Nasional, agenda membangunkan Negeri Sabah akan terus diperjuangkan demi manfaat rakyat dan negara,” katanya.


