
Kota Kinabalu: Seramai 500 peserta menyertai acara Walk-A-Payung (WAP) sempena Hari Kesedaran Penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, penganjuran program WAP itu amat bertepatan bagi memperkasakan masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai penyakit khususnya SLE.
“Syabas dan tahniah kepada Persatuan SLE Sabah Chapter, Hospital Queen Elizabeth, Universiti Malaysia Sabah dan para penyumbang diatas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.
“Bagi pihak kementerian dan selaku Exco Kesihatan Negeri Sabah, saya menyokong penuh usaha-usaha murni seumpama ini dan adalah menjadi harapan saya agar semua peserta dapat mengambil kesempatan untuk menambah ilmu pengetahuan dan pemahaman mengenai SLE ini,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di sini, Sabtu lepas.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politiknya, Jenddy Sanggau.
Sementara itu, Presiden Persatuan Systematic Lupus Erythematosus Malaysia (PSLEM), Dr Heselynn Hussin berkata, penyakit SLE adalah penyakit kronik auto-imun yang mana antibodi menyerang tisu badan sendiri menyebabkan radang atau inflamasi di banyak bahagian badan.
“Sehingga ke hari ini punca penyakit SLE masih belum diketahui namun dalam banyak kes pesakit SLE masih boleh meneruskan kehidupan dengan selesa sekiranya dirujuk awal kepada doktor melalui pengambilan ubatan yang sesuai dan pakar kaunselor bagi mengelakkan stres dan kemurungan,” jelasnya.
Program berjalan menggunakan payung sejauh satu kilometer itu adalah sebagai simbolik kesedaran bahawa salah satu kesan penyakit SLE ialah pesakit tidak boleh terdedah kepada sinaran matahari yang mana boleh mengakibatkan pesakit SLE mengalami radang kulit.
Hadir sama, Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) I, Dr. William Gotulis, Pengarah HQE II, Dr. Ferro Firdaus Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles, Dr Tan Bee Hwai serta Presiden SLE Sabah Chapter, Dr. Malehah Mohd Noh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
