500 Srikandi Hadiri Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

1 Jun 2024 • 8:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seramai 500 srikandi Tentera Darat Malaysia dari semua Kor dan Rejimen menghadiri Sambutan Hari Wanita Tentera Darat (TD) 2024 bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tentera Darat Malaysia (TDM) berkata, program itu adalah kerjasama antara Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) dan Sel Wanita Tentera Darat yang mengangkat tema “Wanita Tentera Darat, Aspirasi Angkatan Hadapan”.

Sambutan Hari Wanita Tentera Darat 2024

image is not available

“Sambutan Hari Wanita TD dimulakan dengan forum bertajuk Memperkasa Daya Ketahanan Wanita Tentera Darat Dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan yang menampilkan barisan ahli panel dan moderator sangat hebat.

“Ia dikendalikan oleh Leftenan Kolonel Dr. Ts. Maimunah Omar selaku moderator bersama-sama ahli panel iaitu Datuk Dr. Junaidah Kamaruddin, Mejar Jeneral Datuk Suriakala A/P Suriabagavan (B) dan Brigedier Jeneral Fadzilah Abdullah TUDM,” katanya hari ini.

image is not available

TDM berkata, srikandi Tentera Darat Malaysia berkesempatan untuk berbincang dalam sesi dialog bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan.

image is not available

“PTD turut menyatakan peranan wanita pada masa kini di dalam organisasi tidak dapat disangkal lagi dan peluang untuk kemajuan dan peningkatan kerjaya yang diberikan setara dengan pegawai dan anggota lelaki,” ujarnya.

image is not available

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat merangkap Penasihat JKHEWTD, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, barisan Pengarah-pengarah dan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Kor dan Rejimen.