502 mangsa banjir di Johor masih berlindung di enam PPS

LocalEnvironment
8 Oct 2024 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Daerah Pontian merekodkan bilangan mangsa banjir tertinggi di Johor pada Selasa.

image is not available
502 mangsa banjir masih berlindung di PPS yang dibuka di Kluang, Pontian dan Batu Pahat.

JOHOR BAHRU – Bilangan mangsa banjir di negeri ini berkurang kepada 502 mangsa setakat jam 4 petang berbanding 601 pada tengah hari, Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, mangsa banjir yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 134 keluarga dari daerah Kluang, Pontian dan Batu Pahat.

"Mangsa banjir paling ramai dari daerah Pontian iaitu 250 orang daripada 70 keluarga di tiga PPS.

“Ini diikuti daerah Kluang menempatkan 235 orang daripada 61 keluarga di dua PPS manakala di Batu Pahat pula 17 orang dariopada tiga keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi seluruh negeri Johor bermula jam 2 hingga 5 petang Selasa.

Selain itu, Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong, Batu Pahat dilaporkan berada pada paras amaran.