
Vandalisma di perkuburan Bintulu, 51 pusara kena cat bewarna biru dan merah
51 Pusara Kena Conteng, Di Perkuburan Islam Kemunting Bintulu. Satu hantaran tular baru-baru ini mengenai seorang lelaki menconteng pusara di Perkuburan Islam Kemunting, Bintulu.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Pengurusan Jenazah Bintulu, difahamkan lelaki tersebut menconteng menggunakan cat bewarna biru dan merah.
Bukan itu sahaja, terdapat 51 pusara yang telah dicontengnya di pusara tersebut dengan menggunakan cat, termasuk menulis kata-kata kesat, tidak sopan atau kasar.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki berkenaan kerana berani berbuat demikian.
Malah, ada juga yang geram dan mempersoalkan kenapa lelaki itu sanggup menconteng perkuburan Islam di Bintulu tersebut.
Netizen turut berang dan geram dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu
Dalam pada itu, segelintir netizen turut menyatakan bahawa kepada sesiapa yang mengecat kubur tersebut akan menanggung dosa orang, tidak mengira seseorang itu hidup atau mati.
“Kalau berang dengan orang lain, kenapa pusara yang diconteng, jahatnya kelakuan macam tu,” ujar salah seorang pengguna Facebook.

“Apalah kerja takda akal macam tu, perangai mengalahkan hantu, manusia pula jadi hantu sekarang,” kata lagi seorang netizen yang turut geram dengan perbuatan gila lelaki berkenaan.
“Tu bukan manusia punya kerja, anak syaitan punya kerja,” turut ditambah oleh pengguna media sosial yang lain.

