Inkues Adib: Syazlin jawab empat sebab AG

12 Jun 2019 • 3:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Katanya, merujuk kelada Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah, lantikannya tidak memerlukan fiat (kelulusan bertulis)daripada Tommy berikutan beliau hanya dilantik sebagai menjadi pihak berkepentingan dan bukanlah mengendalikan inkues.

"Sepertimana sedia maklum, prosiding inkues ini dikendalikan oleh pegawai pengendali iaitu Timbalan Pendakwa Raya dan bukannya saya.

"Jadi, Menteri KPKT tidak memerlukan fiat bagi melantik saya menjadi pihak berkepentingan," katanya.

Menurutnya, isu wujud konflik kepentingan memandangkan beliau juga mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan keluarga selain KPKT tidak pernah timbul.

"Tiada asas untuk keluarga mempercayai bahawa Muhammad Adib dilanggar oleh JBPM," katanya.

Beliau berkata, bapa Muhammad Adib dalam keterangan di mahkamah menyatakan bahawa anaknya gembira menerima kunjungan rakan sekerja sewaktu terlantar di hospital.

"Sekiranya benar-benar dilanggar oleh rakan-rakannya, adakah Muhammad Adib gembira menerima kunjungan itu?" katanya.

Alasan yang dikemukakan Tommy bahawa beliau mengambil peranan aktif dan sering bercanggah di dalam inkuri itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia adalah tugasnya.

"Adalah menjadi tugas saya sebagai peguam pihak-pihak berkepentingan untuk mengambil peranan aktif dalam membantu Koroner menyiasat apakah paling mungkin berlaku ke atas Muhammad Adib dan penyebab kematiannya," katanya.

Tambahnya cubaan Tommy mengaitkan kedudukan suaminya Ahmad Soffian Mohd Shariff yang juga Setiausaha Akhbar Menteri KPKT adalah berniat jahat.

"Adakah salah bagi saya seorang peguam yang ingin membantu keluarga mangsa secara pro bono? Saya percaya ia tindakan jahat untuk memburukkan nama kami," katanya.

Prosiding inkuri itu berlangsung di hadapan Koroner Rofiah Mohamad memasuki hari ke-36 dan 29 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Inkues Adib: Prosiding tergendala, peguam tarik diri

ARTIKEL BERKAITAN:Inkues Adib: Sepucuk surat punca peguam tarik diri?

Muhammad Adib, 24, cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.