56 kes tipu logo halal, rampasan lebih RM1.8 juta

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 10:29 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

Kuala Lumpur: Sebanyak 56 kes penipuan logo dan pensijilan halal melibatkan nilai rampasan RM1.813 juta dilaporkan tahun ini setakat Isnin lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Beliau berkata, kesalahan itu dilakukan bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

AdvertisementFuziah turut memaklumkan, lebih 800,000 operasi pemeriksaan dijalankan sepanjang tahun ini, dan RM140,500 kompaun dikeluarkan terhadap pihak yang terlibat.

“Penguatkuasaan ini dijalankan setiap hari oleh lebih 2,000 penguat kuasa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Beliau menjawab soalan tambahan Senator Salehuddin Saidin mengenai kekerapan penguatkuasaan dan tindakan diambil terhadap produk makanan dan minuman bagi menjaga kebajikan orang Islam.

Menjawab soalan Senator Azhar Ahmad mengenai tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam menangani isu penipuan logo dan pensijilan halal terutama dalam kalangan pengusaha makanan dan minuman bukan Islam, Fuziah berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri bagi meningkatkan penguatkuasaan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pengusaha bukan Islam yang memaparkan ayat al-Quran, lambang masjid, Kaabah, atau menggunakan nama Islam seperti ‘berkat’ dan sebagainya di premis mereka boleh dianggap melakukan kesalahan dari segi takrifan halal. Ini termasuk kesalahan bawah Akta Perihal Dagangan,” katanya.

Menurutnya, KPDN bersama Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri melaksanakan pemeriksaan berkala di premis makanan, minuman dan kilang pemprosesan sebagai langkah mencegah penipuan logo halal.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Jika didapati bersalah menggunakan logo halal palsu atau tanpa mendapatkan sijil halal sah, individu boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-dua sekali.

“Bagi syarikat, hukuman denda maksimum adalah RM200,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM500,000 untuk kesalahan berikutnya,” kata Fuziah.